Jumaat, 24 Februari 2012

bermula langkah baharu

atas sebab tertentu owner terasa ingin membuatkan satu blog khas buat arnab owner. mungkin di sini owner dapat berkongsi cerita dan segala pengalaman bersama blogger lain yang juga ada bela arnab.

owner mula dengan dua ekor arnab yang diberi nama Putih dan Browny. owner kurang pasti jenis bakanya. mungkin jenis mix anggora lion head. owner beli dari alor setar diketika usia Putih dan Browny baru sebulan.


si Putih dan si Browny (2 bulan)

sekarang usia Putih dan Browny sudah masuk 6 bulan. diketika usia Putih dan Browny 5 bulan, tiada tanda2 jantina mereka berlainan. nampak sama je. belek punya belek, dan setelah mendapat kepastian dari yang pakar didapati yang kedua-duanya betina.

owner belikan penjantan dari meru. berusia 6 bulan ketika itu. berbulu tebal sampai tak nampak mata. jenis mix anggora giant.(giant la kut sebab besar benar sizenya berbanding Putih dan Browny) dan owner namakannya Gumuk.


si Gumuk (7 bulan)

malangnya owner silap dalam proses mengahwinkan kerana kurang pemahaman. owner telah mencampurkan Gumuk ke rumah Putih dan Browny. memang Putih dan Browny bersikap kasar pada Gumuk. pantang jumpa nak cakar dan gigit(esp Browny).

setelah owner menjenguk laman2 blog pembela arnab yang lain, barulah owner tahu dan perlu masukkan seekor dalam sesuatu waktu ke rumah penjantan. owner masukkan dulu Putih ke rumah Gumuk. Browny masih garang dan sombong. hasilnya setelah sebulan, 20 hb feb, lahirlah anak2 Putih hasil mengawan dengan Gumuk. 5 ekor kesemuanya.  alhamdulillah semuanya sihat. nanti owner upload gambarnya.

sekarang ada nampak Browny baru nak mesra2 dengan Gumuk. tapi tunggu anak2 Putih besar dulu la. baru dapat arnab yang berkualiti.   :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan