lama owner tak update laman ni
untuk pengetahuan, anak-anak Putih dah usia 2 bulan lebih
tapi 2 mati mengejut
tidak pasti kenapa
yang tinggal dua hitam dan satu putih
dan yang putih tu pulak
telinga nya jatuh sebelah
kurang pasti juga kenapa
sesekali nampak tegak elok
hmmm...
semalam
giliran si Browny pulak beranak
6 ekor
tapi mati dua sebelum sempat di ubah
kali ni owner ubah cara penyusuan
biarkan natural
setelah nampak macamana Putih nyusukan anak2nya
tapi kena sapu minyak kapak juga kat hidung Browny
bimbang dia bau tangan org kat anak2nya
agak lama juga dia nak mula nyusukan
lepas 5 minit...baru dia cium2 anak dia
dan diri tetap untuk susukan
owner harap
semuanya akan selamat
Isnin, 23 April 2012
Isnin, 5 Mac 2012
dunia Putih
waktu menyusu dirumah baru
anak anak Putih belum menyedari kehadiran Putih
berebut bila dah tahu ibunya ada
Putih sedang meng'adjust' dirinya untuk memberi ruang selesa bersama
dah tak cukup ruang rasanya
but Putih maintain cool
lepas menyusu makan alfalfa bersama sama
buka mata
hello world!!
rumah lama anak-anak Putih
rumah baru yang lebih luas
diusia anak-anak Putih 15 hari
kesemua dah buka mata
walaupun ada nampak yang sedikit sepet
tapi tetap comel
bulu pun semakin panjang
badanpun semakin tegap
5 hari dah Putih tak perlu dibakulkan untuk menyusu
owner lepaskan saja Putih dalam rumah anak-anaknya
dan bila cukup time, Putih keluar sendiri
bulu pun semakin panjang
badanpun semakin tegap
5 hari dah Putih tak perlu dibakulkan untuk menyusu
owner lepaskan saja Putih dalam rumah anak-anaknya
dan bila cukup time, Putih keluar sendiri
owner belikan anak-anak Putih rumah baru yang lebih besar dan selesa
owner juga letakkan sedikit alfalfa dan air botol
dah pandai makan tapi belum pandai hisap air dari botol
owner berikan air dengan jari
bukan main lagi di kecap-kecap jari owner
bila geram digigit pulak
comel betul la!!
pengasingan
saling memanaskan badan
pengasingan
tak dapat dah berhimpit-himpit
minyak gamat time
tengok la nakalnya
dua ekor anak Putih yang warna hitam terkena kurap.
kurang pasti jangkitan dari mana.
langkah terawal, owner asingkan 2 hitam tu dari yang lain
owner hanya sapukan minyak gamat
kesian pulak kalau nak bawa gi cucuk
so far, alhamdulillah
walau pun nampak masih tergaru garu
tapi bulu dah mula tumbuh
Sabtu, 25 Februari 2012
si Gumuk
si Gumuk ni baik tapi pemalu. bulunya yang tebal memang menampakkan kebesaran sizenya. bila si Gumuk landing tepi rumahnya, boleh nampak bulu tebal Gumuk berkepul2. geram. rasa nak peluk2. tapi sebab Gumuk dibeli setelah berusia 6 bulan, owner bimbang untuk bermain2 dgn Gumuk. selain kukunya panjang, bulunya juga mudah luruh. Gumuk memang takut tinggi. so far Gumuk nampak sihat tetapi ekornya macam ada biji2. dan bulu ekor tumbuh jarang2. owner kurang pasti kenapa. sekarang Gumuk sudah turunkan baka. tq Gumuk.
si Browny
tengoklah si Browny ni. siapa yang tak geram dengan dia. bulunya cantik dan sangat bersih. Browny suka explore. kalau letak kat satu tempat, meratalah perginya. tak takut tinggi dan pantang pintu rumahnya terbuka, nak keluar saja. sehingga waktu ini, dah banyak tangan jadi mangsa gigit si Browny. tanpa sebab pun kekadang tu. makanya bila sesiapa nak tengok arnab2 owner, akan diperingatkan dulu tentang tabiat Browny yang suka mengigit tu. belum lagi kena cakar dengan kukunya yang tajam. tapi Browny sangat comel.
si Putih
jambul si Putih sangat memikat. sejak beranak badannya susut. beza dengan Browny. owner berikan hay dan pallet secukupnya buat Putih untuk pastikan air susunya tak kehabisan. owner juga berikan kacang botol dan lobak sebagai kudapan. Putih memang diasingkan dengan anak2nya sbb bimbang dia tak pandai jaga. tapi bila waktu menyusu, nampak juga Putih jilat2 anak2nya. mungkin selepas anak2nya dah buka mata dan besar sikit baru owner satukan anak-anak dan ibunya.
Jumaat, 24 Februari 2012
waktu menyusu..
waktu menyusu cuma dua kali sehari. owner dapat petua dari salah seorang penternak arnab cara mudah utk kendali ibu arnab waktu penyusuan.
sediakan bakul sebesar ibu arnab. telentangkan dia. letakkan anak arnab 2@3 ekor/sessi. dan biarkan anak2nya mencari sendiri puting susu. selepas 5 minit boleh tukar ke anak2 yang lain.
memang berkesan dan memudahkan. ibu arnab pun tak stress.

bunting dan beranak..
Putih ibu muda. owner tidak menjangka pun Putih bunting kerana tiada perubahan pada fizikal Putih. cuma bila nampak Putih cabut2 bulu untuk tanda2 nak beranak, barulah owner gelabah nak sediakan kotak. owner jangkakan mungkin sehari dua lagi baru Putih nak beranak. malangnya...tak dan kotak siap, Putih dah pun beranak. cuma sempat letak penghadang antara rumah arnab supaya Putih lebih privacy.
mujur Putih tidak stress ketika beranak. kelahiran semua anak2 Putih selamat. setelah habis uri Putih makan, dia dah tak endah pun kat anak2nya.
mujur Putih tidak stress ketika beranak. kelahiran semua anak2 Putih selamat. setelah habis uri Putih makan, dia dah tak endah pun kat anak2nya.
anak-anak putih diusia 5 hari
bermula langkah baharu
atas sebab tertentu owner terasa ingin membuatkan satu blog khas buat arnab owner. mungkin di sini owner dapat berkongsi cerita dan segala pengalaman bersama blogger lain yang juga ada bela arnab.
owner mula dengan dua ekor arnab yang diberi nama Putih dan Browny. owner kurang pasti jenis bakanya. mungkin jenis mix anggora lion head. owner beli dari alor setar diketika usia Putih dan Browny baru sebulan.
sekarang usia Putih dan Browny sudah masuk 6 bulan. diketika usia Putih dan Browny 5 bulan, tiada tanda2 jantina mereka berlainan. nampak sama je. belek punya belek, dan setelah mendapat kepastian dari yang pakar didapati yang kedua-duanya betina.
owner belikan penjantan dari meru. berusia 6 bulan ketika itu. berbulu tebal sampai tak nampak mata. jenis mix anggora giant.(giant la kut sebab besar benar sizenya berbanding Putih dan Browny) dan owner namakannya Gumuk.
malangnya owner silap dalam proses mengahwinkan kerana kurang pemahaman. owner telah mencampurkan Gumuk ke rumah Putih dan Browny. memang Putih dan Browny bersikap kasar pada Gumuk. pantang jumpa nak cakar dan gigit(esp Browny).
setelah owner menjenguk laman2 blog pembela arnab yang lain, barulah owner tahu dan perlu masukkan seekor dalam sesuatu waktu ke rumah penjantan. owner masukkan dulu Putih ke rumah Gumuk. Browny masih garang dan sombong. hasilnya setelah sebulan, 20 hb feb, lahirlah anak2 Putih hasil mengawan dengan Gumuk. 5 ekor kesemuanya. alhamdulillah semuanya sihat. nanti owner upload gambarnya.
sekarang ada nampak Browny baru nak mesra2 dengan Gumuk. tapi tunggu anak2 Putih besar dulu la. baru dapat arnab yang berkualiti. :)

si Putih dan si Browny (2 bulan)

si Gumuk (7 bulan)

Langgan:
Catatan (Atom)